Monday 21 December 2009

Riadah Belia MSA di Pantai Muara

>> Ahad - 20 Disember 2009 / 03 Muharram 1431

Riadah Belia ini merupakan salah satu aktibiti yang didikendalikan oleh AJK Belia MSA. Ianya bertujuan untuk memupuk rasa muhibah & mengeratkan silaturrahim di antara AJK, Belia & Beliawanis. Para belia dan beliawanis telah dibahagikan kepada Dua kumpulan, iaitu, Kumpulan A - Sayyidina Omar ( Berbaju Hitam ) & Kumpulan B - Sayyidina Ali  ( Berbaju Putih ).



Senarai nama-nama belia-beliwanis mengikut kumpulan masing-masing


AJK dan para belia tiba dilokasi yang ditetapkan seawal jam 7 pagi. Sebelum acara dimulakan, AJK,Belia dan Beliawanis membersihkan kawasan sekeliling bagi memudah acara ini berlangsung dengan lancar disamping menjaga kebersihan alam sekitar. Acara dimulakan sekitar jam 9 pagi.


 
 

Pelbagai acara permainan disediakan oleh para AJK bagi menyokong Riadah ini. Di antaranya, Mengisi Air Kedalam Botol, Menimbang Bola, Lompat Katak, Meniup Belon Hingga Pecah, Melambung Belon, Memasukan Bola Kedalam Tong, Mencari Benda Dalam Tepung, Cabutan Bertuah, Mengikat Tali Kasut dan di akhiri dengan Pertandingan Tarik Kalat. Dimasa yang sama, berbeku ( BBQ ) juga disediakan. Makanan dan minuman dibawa oleh para AJK & Belia MSA. Riadah ini berakhir pada jam 12 tengah hari.


 
 
 
 




 
 
 

No comments:

Post a Comment