Monday 21 December 2009

Membaca Doa Akhir Tahun 1430H & Doa Awal Tahun 1431H Serta Mesyuarat Belia Masjid Setia Ali

>> Jumaat - 18 Disember 2009 / 01 Muharram 1431
 

Alhamdulillah..dengan izin Allah..kita dipanjangkan usia untuk bersama - sama menyambut Tahun Baru Hijrah 1431. Seperti biasa para muslimin akan bersama2 pergi kemasjid untuk membaca Doa Akhir & Awal tahun hijrah..tidak ketinggalan bagi para Belia - Beliawanis Masjid Setia Ali yang bersama-sama datang menyemarakkan lagi majlis ini yang dilangsungkan diMasjid Setia Ali , Pekan Muara . Kehadiran para Belia-beliawanis amat menggalakkan dan mudah - mudahan kita semua mendapat pahala yang berlipat ganda dari Allah S.W.T amin ya rabbal alamin .


Selepas Solat Fardhu Isyak Mesyuarat AJK Belia beserta Belia-Beliawanis diadakan..bermacam - macam perkara dibincangkan . Agendanya seperti berikut :

1. Membaca Surah Al Fatihah
2. Membincangkan mengenai Aktibiti Riadah Belia - Beliawanis
3. Membincangkan mengenai Aktibiti Melawat Sambil Belajar ( Minal Masjid Ila Idarah )
4. Membincangkan mengenai Melawat Sambil Belajar ( Minal Brunei Ila Malaysia )

Mesyuarat selesai sekitar jam 9.00 malam...


 
 




No comments:

Post a Comment