Tuesday 29 June 2010

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 6

Hari : 08hb Jun 2010 , Hari Ketiga .
Jam : 3:00 petang , Pusat Pengajian Pondok , Bachok , Kelantan , Malaysia .

Selepas solat fardhu Zuhor berjemaah para rombongan berangkat ke Pusat Pengajian Pondok , Bachok , Kelantan , Malaysia . Para rombongan berkenan mendengar taklimat dari kakitangan Pusat pengajian pondok sejurus tiba di Pusat Pengajian ini . Pusat Pengajian ini telah berjaya melahirkan beberapa tokoh atau ulama' - ulama' di Kelantan , Malaysia . Pusat Pengajian ini merupakan bekas tempat Pengajian Ketua Rombongan Program Min Brunei Ila Malaysia Yang Mulia Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin .



Gembira apabila berpeluang bertemu lagi dengan bekas guru beliau . 





Pusat Pengajian Pondok menjalankan pelajaran secara' Halaqah '


Para Rombongan berkenan bergambar ramai dengan Kakitangan Pusat Pengajian Pondok sebagai Tanda Kenangan .

Seterusnya para rombongan berangkat bersiar - siar di Pantai Irama , Bachok , Kelantan Darun Naim .






Program Min Brunei Ila Malaysia Part 5

Hari : 08hb Jun 2010 , Hari Ketiga .

Jam : 8.00 Pagi .

Para rombongan bertolak ke Kota Bharu untuk lawatan rasmi yang pertama bagi Program ini iaitu Melawat Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan . Setibanya rombongan Program Min Brunei Ila Malaysia , para peserta di jemput oleh Imam dan kakitangan Masjid ini untuk mendengar taklimat dari Imam Besar Masjid Muhammadi Kelantan .




Ketua Rombongan Min Brunei Ila Malaysia Yang Mulia Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin berkenan memberikan cenderahati kepada Imam besar Masjid Muhammadi sebagai tanda kenangan . 


Pada Jam 10:00 pagi para rombongan berkenan berangkat ke Pejabat Menteri Besar Kelantan . Para rombongan berpeluang mengetahui bagaimana kerajaan kelantan beroperasi sebagai sebuah kerajaan .

 




Sunday 20 June 2010

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 4

Hari : 07hb Jun 2010 , Hari Kedua .
Jam : 3.00 Petang , bertempat di Bandaraya Kota Bharu .

Pada jam 2.30 petang selepas solat Zohor para peserta berangkat untuk bersiar - siar di bandaraya Kota Bharu .





Para peserta menghabiskan masa di bandar Kota Bharu untuk melihat keadaan sekitar bandar dan mendekati lagi budaya orang - orang malaysia ini . Selesai melawat bandar ini para peserta balik ke rumah penginapan masing - masing . 

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 3

Hari : 07hb Jun 2010 , Hari Kedua .
Jam : 8.00 Pagi bertempat di Penginapan , Machang Kelantan .

Syukur Alhamdulillah , hari ini merupakan hari pertama para Peserta - peserta Min Brunei Ila Malaysia berada di Bumi Kelantan , Malaysia . Para peserta menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah di penginapan ini sebelum memulakan aktiviti yang ditetapkan didalam jadual program .


Selesai menikmati jamuan , para peserta terus berangkat ke Tanah Perkuburan bagi menziarahi Kubur Ayahanda dan Ibunda Dyg Hajah Rosnima bte Awang yang telah lama kembali kerahmatullah . Para peserta berkenan bersama - sama membacakan Doa Arwah & Tahlil kepada arwah ibu bapa beliau .

  

Seterusnya Para Peserta berangkat ke Pusat Membeli belah , Rantau Panjang . Perjalanan yang memakan masa selama 15 menit dari tanah perkuburan Pasir Mas .
bermacam - macam barang yang menarik telah ditawarkan di tempat ini dengan harga yang murah .



Pada Jam 2.00 Petang para peserta berangkat ke Masjid Beijing , Kelantan untuk bersembahyang Zuhor . Keunikkan Masjid ini telah berjaya menarik perhatian para peserta untuk bergambar di kawasan masjid tersebut .

Gabungan Idea yang menarik , dimana hasil rekaan masjid ini telah di ambil dari Tuan Guru Nik Aziz , Menteri besar Kelantan . Beliau juga menegaskan :
' Masjid bukan hanya Hak orang Melayu ianya Hak seluruh umat Islam di dunia ' .

Monday 7 June 2010

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 2

Hari : 06hb Jun 2010 , Hari Pertama .
Jam : 7:00 pm bertempat di Lapangan LCCT Kuala Lumpur .

Perjalanan selama 2 Jam 20 Minit dari Brunei darussalam ke Kuala Lumpur , Malaysia Para peserta Program Min Brunei Ila Malaysia selamat sampai di Lapangan Terbang LCCT , Malaysia pada jam 6:30 pm . Para peserta pula bersedia untuk menaiki Flight ke Kota Bharu , Kelantan jam 9:15 pm .





Riang...di riak wajah Para Peserta , ini merupakan Pengalaman yang amat menarik bagi mereka semua .




Tiba di penginapan , para peserta dijemput untuk menikmati Jamuan oleh salah sebuah Ahli Keluarga di Kelantan Darul Naim .


Program Min Brunei Ila Malaysia Part 1

Hari : 06hb June 2010 , Hari Pertama .
Jam : 1:00 Pm Bertempat di Air Port Bandar Seri Begawan , Brunei Darussalam .

Al-hamdulillah Para Rombongan - Rombongan Program Min Brunei Ila Malaysia telah berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei menuju Lapangan Terbang LCCT Kuala Lumpur pada hari tersebut jam 3:55 petang yang diketuai Oleh Yang Mulia Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin , Imam / Pengerusi AJK Belia Masjid Setia Ali . Seramai 28 orang Belia & AJK Belia Masjid Setia Ali , Pekan Muara menyertai program ini yang akan berlangsung selama 10 hari .



Para peserta sedang menguruskan Passport dan Barangan Kargo .



Para Peserta Program Min Brunei Ila Malaysia Bergambar ramai sebelum berangkat .



Bacaan Doa Selamat di bacakan oleh Yang Mulia Imam Pg Hj Rosman bin Pg Hj Shahbudin .