Sunday 20 June 2010

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 3

Hari : 07hb Jun 2010 , Hari Kedua .
Jam : 8.00 Pagi bertempat di Penginapan , Machang Kelantan .

Syukur Alhamdulillah , hari ini merupakan hari pertama para Peserta - peserta Min Brunei Ila Malaysia berada di Bumi Kelantan , Malaysia . Para peserta menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah di penginapan ini sebelum memulakan aktiviti yang ditetapkan didalam jadual program .


Selesai menikmati jamuan , para peserta terus berangkat ke Tanah Perkuburan bagi menziarahi Kubur Ayahanda dan Ibunda Dyg Hajah Rosnima bte Awang yang telah lama kembali kerahmatullah . Para peserta berkenan bersama - sama membacakan Doa Arwah & Tahlil kepada arwah ibu bapa beliau .

  

Seterusnya Para Peserta berangkat ke Pusat Membeli belah , Rantau Panjang . Perjalanan yang memakan masa selama 15 menit dari tanah perkuburan Pasir Mas .
bermacam - macam barang yang menarik telah ditawarkan di tempat ini dengan harga yang murah .



Pada Jam 2.00 Petang para peserta berangkat ke Masjid Beijing , Kelantan untuk bersembahyang Zuhor . Keunikkan Masjid ini telah berjaya menarik perhatian para peserta untuk bergambar di kawasan masjid tersebut .

Gabungan Idea yang menarik , dimana hasil rekaan masjid ini telah di ambil dari Tuan Guru Nik Aziz , Menteri besar Kelantan . Beliau juga menegaskan :
' Masjid bukan hanya Hak orang Melayu ianya Hak seluruh umat Islam di dunia ' .

No comments:

Post a Comment