Wednesday 2 June 2010

Majlis Doa Kesyukuran Bagi Min Brunei Ila Malaysia

Majlis Doa Kesyukuran bagi Program Min Brunei Ila Malaysia iaitu Lawatan Belia - Belia dan AJK Belia Masjid Setia Ali ke Malaysia telah diadakan Pada hari Ahad 17 Jamadilakhir 1431H bersamaan 30 Mei 2010M bertempat Restoran Aneka Rasa jam 8.30 malam .

Tetamu kehormat Majlis Yang Mulia Awang Haji Mawardi bin Haji Abdullah , Setiausaha Tetap , Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri , Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis tersebut .

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Asmallee bin Minuddin , Penyelia Belia Masjid Setia Ali , Pekan Muara dan diteruskan dengan Ucapan dari Pengerusi Majlis Yang Mulia Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin Pengerusi / Ketua Imam Masjid Setia Ali , Pekan Muara dan Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis . Persembahan Nasyid dari Kumpulan Belia Masjid Setia Ali lagi menambah seri di Majlis itu .


                                                                             Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis ( Kanan ) dan Pengerusi Majlis ( Kiri ) .     

Tujuan Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan untuk menunjukkan rasa syukur dan penghargaan kepada para penderma - penderma bagi membiayai Program Min Brunei Ila Malaysia ini . Seramai 30 peserta Belia - Belia dan AJK Belia Masjid Setia Ali , Pekan Muara menyertai Program ini . Mereka akan berangkat pada 6hb Jun 2010 hingga 16hb Jun 2010 . Lawatan selama 10 hari ke Kelantan , Terengganu dan Pahang bagi melawat tempat - tempat bersejarah , Masjid - Masjid dan sebagainya bagi tujuan pengalaman dan mengisi masa lapang para Belia - Belia dengan aktibiti yang bermanfaat lagi .
                                             

No comments:

Post a Comment