Sunday 20 December 2009

Perasmian Belia Beliawanis Masjid Setia Ali & Bengkel Memakmurkan Masjid

Sabtu - 12 Disember 2009 / 24 Zulhijjah 1430 - Isnin - 14 Disember 2009 / 28 Zulhijjah 1430


>>Sabtu - 12 Disember 2009 / 24 Zulhijjah 1430
Majlis Perasmian Belia - Beliawanis Masjid Setia Ali dan diselajurkan Bengkel Memakmurkan Masjid buat kali pertama yang diadakan selama 3 hari . Hadir juga dimajlis tersebut Yang Mulia Tuan Imam Ak Hj Md Salleh bin Pg Hj Zakaria Pegawai Zon 4 dan Ketua Kampong Sabun & Pelumpong Yang Mulia Pg Hj Mohammed bin Pg Hj Othman . Majlis Pelancaran Belia - Beliawanis diadakan pada sebelah pagi bermula jam 8.30 dan telah dirasmikan oleh Ketua Kampong Sabun & Pelumpong sendiri . Acara di meriahkan lagi dengan persembahan dikir oleh AJK Belia Masjid Setia Ali dan diakhir majlis Pengerusi Belia Yang Mulia Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin berkenan menyampaikan Cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis iaitu Ketua Kampong Sabun & Pelumpong Yang Mulia Pg Hj Mohammed bin Pg Hj Othman .






Beberapa aktiviti telah diadakan untuk Majlis Seminar / Bengkel Memakmurkan Masjid seperti Ceramah , Halaqah dan Pertandingan seperti Menghafaz Surah Lazim bagi peserta Beliawanis atau wanita , Azan Subuh bagi peserta kanak - kanak bawah 10 tahun dan Membaca Khutbah bagi peserta Belia atau dewasa .






>>Ahad - 13 Disember 2009 / 25 Zulhijjah 1430
Hari kedua bagi Program Bengkel Memakmurkan Masjid .
Aktibiti yang telah diadakan pada hari ini adalah Kempen Membersihkan Kawasan Masjid . Kesemua para peserta - peserta di wajibkan untuk bergotong royong bagi membersihkan kawasan masjid dimana Peserta Belia telah ditugaskan untuk membersihkan diluar kawasan Masjid manakala peserta beliawanis pula membersihkan didalam masjid . Acara dimulakan dengan Senam Robik , aktibiti ini hanya diadakan pada sebelah pagi sahaja .







 



>>Isnin - 14 Disember 2009 / 26 Zulhijjah 1430

Hari Terakhir bagi Program Bengkel Memakmurkan Masjid .
Beberapa aktibiti diadakan pada hari ini seperti Ceramah Fardhu Ain yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Imam Pg Hj Md Salleh bin Pg Hj Zakaria Pegawai Zon 4 , beliau berkenan menyampaikan tentang Bab Wudhu , manakala Yang Mulia Tuan Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbuddin , Ketua Imam Masjid Setia Ali berkenan menyampaikan Bab Sembahyang . Pada Sebelah petang acara diadakan Membaca Ratib Al Attas yang diketuai oleh Ketua Belia Masjid Setia Ali , Yang Mulia Ak Hj Muhd Firdaus bin Pg Hj Rusman dan selepas itu Aktibiti bebas diadakan .


 
 
 


Pada Sebelah malam pula , acara penutup diadakan di masjid Setia Ali . Tetamu kehormat majlis ialah Hj Suhaimi bin Hj Md Noor Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara , JHEM , Negara Brunei Darussalam . Beberapa ucapan disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Pengerusi Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin , Wakil Belia iaitu Yang Mulia Nor Iman bin Muhammad Isham iaitu Penolong Ketua Belia Masjid Setia Ali , Ucapan Tetamu Kehormat Majlis . Bagi menyerikan majlis beberapa Persembahan diadakan iaitu para Johan2 pertandingan : Johan Menghafaz Ayat Lazim iaitu Dk Hanifah bte Pg Hj Norjaidi , Johan Azan Subuh iaitu Abd Hafiz bin Awang Zaman , Johan Membaca Khutbah Jumaat Kategori A iaitu Ak Hj Muhd Firdaus bin Pg Hj Rusman dan Johan Membaca Khutbah Jumaat Kategori B iaitu Md Azaharudin bin Adnan . Sebelum acara bersurai para peserta sempat bergambar ramai bersama AJK Belia dan Tetamu Kehormat .

   

No comments:

Post a Comment