Saturday 27 March 2010

Bengel Menghayati Puisi & Penyampaian Berkesan , Program Lawatan Minal Masjid Ilal Masjid & Minal Masjid Ilal Idarah

BENGKEL MENGHAYATI PUISI & PENYAMPAIAN BERKESAN

Bengkel Menghayati Puisi & Penyampaian berkesan telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut, 20, 21 & 22hb Mac 2010M.

Pada hari pertama,
20hb Mac 2010M,Sabtu,

Para peserta bengkel telah hadir seawal jam 7.30 pagi, dan menunaikan solat sunat Dhoha berjemaah.  Seterusnya bengkel Penghayatan Puisi dimulakan setelah sedikit taklimat di sampaikan oleh Pengerusi. Bengkel berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia, Cikgu Hj Jawawi Haji Ahmad.

Manakala disebelah malam, telah diadakan pertandingan Membaca Puisi. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori, 1.Peserta Belia, 2. Peserta Beliawanis, 3. AJK & Ibubapa. Pertandingan ini juga telah dihakimi oleh pembentang bengkel ini sendiri, Cikgu Hj Jawawi Hj Ahmad.

Kategori Peserta Belia:
1.Md Izzuddin,
2.Nor Iman 
3.Zulbashirul.
Kategori Peserta Beliawanis,:
1.Raihana 
2.Nor Ashimah 
3.Dk.Hanifah.
Kategori AJK & ibubapa,:
Assmalee
  

Pada Hari kedua,
21hb Mac 2010M,Ahad,

Majlis riadah Ekspidisi Berbasikal telah diadakan. Riadah ini dibukakan kepada semua peserta bengkel, belia, jemaah masjid & semua penduduk kampong. Ekspidisi ini bermula dan berakhir di pengkarang masjid, mengelilingi Pekan Muara.

Disebelah malam, Peraduan Kuiz Ugama telah diadakan, yang mana belia-beliawanis akan bersaing secara sehat mengenai Ibadah, Ilmu Fiqh, Amali & Tajuwid. Para pesaing telah dipilih iaitu seramai tujuh orang sepasukan. Para belia iaitu Pasukan Al-Islam, menentang para beliawanis iaitu Pasukan Shababatul Islam. Pertandingan ini di menangi oleh  Pasukan Al-Islam.


 PASUKAN AL-ISLAM 

   PASUKAN SHABABATUL ISLAM 

Pada Hari Ketiga / Penutup,
22hb Mac 2010M, Isnin,

Pada hari tersebut, peserta bengkel telah menghadiri Bengkel Penyampaian Berkesan yang dibentangkan oleh Imam Masjid, Pengiran Hj Rusman. Para perserta juga bertanding dalam membuat & menyampaikan ucapan. Pertandingan ini di menangi oleh: 1.Md Izzuddin, 2. Ak Hj Md Firdaus 3. Mardziyyah @ Raihana.

  
Disebelah malam, Majlis Penutup Bengkel,
Setelah menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah, Majlis Penutup Bengkel diadakan. Tetamu Kehormat Majlis ialah, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Haji Mohd Hamid Haji Mohd Jaafar. 

Turut hadir bersama ialah, Haji Amir Hisham Haji Masri selaku Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Mejar (B) Haji Johari Haji Abd Razak, Penghulu Mukim Serasa, Pengiran Haji Mohammed Pengiran Haji Osman @ Othman, Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kawasan Brunei Zon II, Kawasan 3, Awangku Haji Md Salleh Pengiran Haji Zakaria.

Setelah sembahyang fardhu Isya' berjemaah, Majlis Penutup Bengkel diteruskan dengan Persembahan dari Johan-Johan Pertandingan Puisi pada malam tersebut. Penyampaian sijil peserta telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Begitu juga dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan. Persembahan Puisidra dari Belia Masjid dibersembahkan sebelum majlis berakhir.


 PROGRAM LAWATAN MINAL MASJID ILAL MASJID WA ILAL MADRASAH.

Rombongan terdiri dari Belia & Beliawanis Masjid Setia Ali serta AJK dan ibubapa, mengikuti lawatan ini pada 23hb Mac 2010M, Selasa, bersamaan dengan 7 Rabiulakhir 1431H. Rombongan Diketuai oleh Imam Masjid, Pengiran Hj Rusman.
  
Program lawatan Minal Masjid Ilal Masjid 
Lawatan Minal Masjid Ilal Masjid kali ini menuju ke Masjid Lambak, yang terletak di Kg.Lambak. Sebelum menunaikan Fardhu Zuhur, Para rombongan lawatan menghadiri ceramah dimasjid berkenaan. Turut hadir bersama ialah belia dan jemaah masjid berkenaan. Setelah menikmati makanan tengah hari, rombongan berangkat menuju destinasi seterusnya,

Program lawatan Minal Masjid Ilal Idarah
Lawatan kali ini bersasarkan kepada Pengkalan Helikopter Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Disebelah petang rombongan dibawa melawat bahagian pentadbiran Istana Nurul Iman. 




 





No comments:

Post a Comment