Jam : 8.00 Pagi , Wisma Persekutuan .
Alhamdulillah...hari ini merupakan hari yang ke Enam rombongan para Peserta Min Brunei Ila Malaysia . Pada Pagi ini para Peserta - Peserta berkenan untuk bertolak ke Pejabat Wisma Persekutuan , Kuantan Pahang yang telah dijadualkan pada Jam 8.00 pagi . Bagi menyerikan lagi suasana lawatan sambil belajar tersebut para Peserta disarankan untuk memakai cara Melayu Putih lengkap bagi Peserta Lelaki manakala Bergamis Hitam bagi Peserta Perempuan .
Setiba di Pejabat tersebut para rombongan telah di sambut oleh Pegawai & Kakitangan Wisma Persekutuan dan berkenan membawa Para Peserta ke Bilik Mesyuarat untuk Sesi Taklimat .
Para Kakitangan memberikan Taklimat pada para Peserta mengenai Sejarah , Misi & Tugas Pejabat Wisma Persekutuan ini .
Para rombongan bertukar - tukar Cenderahati bersama Kakitangan Wisma Persekutuan sebagai tanda Kenangan.
Kira - kira jam 11.00 pagi acara ini selesai dan para Peserta terus pulang ke Tempat Penginapan bagi bersiap - siap untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat .