Jam : 3:00 petang , Pusat Pengajian Pondok , Bachok , Kelantan , Malaysia .
Selepas solat fardhu Zuhor berjemaah para rombongan berangkat ke Pusat Pengajian Pondok , Bachok , Kelantan , Malaysia . Para rombongan berkenan mendengar taklimat dari kakitangan Pusat pengajian pondok sejurus tiba di Pusat Pengajian ini . Pusat Pengajian ini telah berjaya melahirkan beberapa tokoh atau ulama' - ulama' di Kelantan , Malaysia . Pusat Pengajian ini merupakan bekas tempat Pengajian Ketua Rombongan Program Min Brunei Ila Malaysia Yang Mulia Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin .
Gembira apabila berpeluang bertemu lagi dengan bekas guru beliau .
Pusat Pengajian Pondok menjalankan pelajaran secara' Halaqah '
Para Rombongan berkenan bergambar ramai dengan Kakitangan Pusat Pengajian Pondok sebagai Tanda Kenangan .
Seterusnya para rombongan berangkat bersiar - siar di Pantai Irama , Bachok , Kelantan Darun Naim .