Isnin - 28 Disember 2009 / 11 Muharram 1431
Alhamdulilah, Blog Belia Masjis Setia Ali sempurna dirasmi kan oleh Pegawai Imam Masjid, Ak. Hj Md. Salleh Pg. Hj Zakaria. Majlis ini diselajurkan dengan membaca Doa Selamat yang dibacakan oleh Bilal Masjid, Shahrine Hadiman Hj Sahari.
Setelah selesai majlis perasmian, para belia & beliawanis bergerak menuju ketempat letak kereta masjid untuk menaiki bas menuju ke Markas Tentera Laut DiRaja Brunei.
Aksi Para Belia & Beliawanis ketika didalam bas
Sesampai di Markas Tentera Laut, rombongan belia di jemput oleh dua orang pegawai tentera selaku jurupandu bagi lawatan ini. Para rombongan diberi taklimat mengenai penubuhan Tentera Laut serta beberapa maklumat mengenai rondaan dan latihan yang dibuat bersama Tentera Darat, Tentera Udara & Pasukan Polis Marin DiRaja Brunei.
Para belia juga diberi peluang untuk menaiki kapal-kapal Tentera, iaitu Mas Waspada & Mas Pejuang. Seterusnya rombongan dibawa melawat bahagian Logistik.
Setelah menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur, lawatan Minal Masjid Ilal Idarah diteruskan menuju ke Balai Polis Marin, Muara. Rombongan diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh salah seorang senior Polis iaitu Yang Mulia Hj Anuar bin Hj Ibrahim . Selepas itu beberapa taklimat disampaikan oleh pegawai - pegawai Polis Marin yang bertugas . Selesai taklimat para rombongan dibawa untuk menikmati jamuan ringan .
Para rombongan diberi taklimat dan dibawa melawat bahagian menara yang mana ianya mengawal & memandu kapal-kapal besar yang hendak merapat perairan Brunei. Rombongan juga dibawa kebahagian pameran bagi melihatkan sebahagian hasil-hasil dari tugasan mereka. Setelah itu, rombongan diperlihatkan aksi-aksi pegawai penyelamat menyelamatkan mangsa lemas. Mengakhiri lawatan, para belia diberi peluang bersiar ke kawasan perairan Brunei dengan menaiki kapal ronda Polis Marin DiRaja Brunei.