Saturday, 28 August 2010

Doa Malaikat Jibril A.S yang di Aminkan Rasulullah S.A.W

Do’a malaikat Jibril menjelang
Ramadhan ” “Ya Allah tolong
abaikan puasa umat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan
Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih
dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada)
* Tidak berma’afan terlebih dahulu
antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu
dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan
Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah
kita bayangkan, yang berdo’a
adalah Malaikat dan yang meng-
aminkan adalah Rasullullah dan
para sahabat, dan dilakukan pada
hari Jumaat.
Namun, ketahuilah bahawa ianya
tidak diketahui asal-usulnya. Bila
para pengkaji hadith mengkajinya,
ia didapati palsu, suatu cubaan
untuk berdusta atas nama baginda
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Para
pengkaji hadith menemui hadith
lain yang mirip kepada kata-kata di
atas iaitu:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda:
Berhimpunlah kamu sekalian dekat
dengan mimbar. Maka kami pun
berhimpun. Lalu beliau menaiki
anak tangga mimbar, beliau
berkata: Amin. Ketika naik ke anak
tangga kedua, beliau berkata lagi:
Amin. Dan ketika menaiki anak
tangga ketiga, beliau berkata lagi:
Amin. Dan ketika beliau turun (dari
mimbar) kami pun bertanya: Ya
Rasulullah, kami telah mendengar
sesuatu dari tuan pada hari ini
yang kami belum pernah
mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah
membisikkan (doa) kepadaku,
katanya: Celakalah orang yang
mendapati bulan Ramadhan tetapi
dosanya tidak juga diampuni. Lalu
aku pun mengaminkan doa tersebut.
Ketika aku naik ke anak tangga
kedua, dia berkata lagi: Celakalah
orang yang (apabila) disebut
namamu di sisinya tetapi dia tidak
menyambutnya dengan salawat ke
atasmu. Lalu aku pun
mengaminkannya. Dan ketika aku
naik ke anak tangga yang ketiga,
dia berkata lagi: Celakalah orang
yang mendapati ibubapanya yang
sudah tua atau salah seorang
daripadanya, namun mereka tidak
memasukkan dia ke dalam syurga.
Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam
Majma’uz Zawaid 10/1675-166,
Hakim 4/153 disahihkannya dan
disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi
dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan
juga oleh Imam Bukhari dalam
Adabul Mufrad no. 644 (Shahih
Al-Adabul Mufrad No.500 dari
Jabir bin Abdillah)
Maka, nasihat saya… Berhati-hatilah
bila disampaikan sesuatu kepada
kita yang dikaitkan dengan
baginda Nabi صلى الله عليه وسلم . Cuba teladani
kisah bagaimana para sahabat
bersikap terhadap sesuatu yang
dikaitkan dengan baginda Nabi صلى الله عليه
وسلم seperti yang diriwayatkan dalam
Shahih Bukhari (no: 5891) di
bawah:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia
berkata: Aku (Sa’id al-Khudri)
sedang menghadiri majlis yang
diadakan oleh kaum Ansar,
kemudian Abu Musa datang
mendekatiku, dia berkata: Aku (Abu
Musa) telah mengucapkan salam
tiga kali di hadapan pintu rumah
Umar namun tidak mendapati
jawapan, lalu aku pun pulang,
kemudian aku ditanya orang:
“Mengapa engkau pulang?” Aku
telah mengucapkan salam tiga kali
namun tidak mendapati jawapan,
oleh sebab itu aku harus pulang,
sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Apabila kamu mengucapkan salam
sebanyak tiga kali dan tidak
mendapat jawapan maka
hendaklah kamu pulang”
Abu Sa’id berkata: Demi Allah
engkau telah mengeluarkan satu
penjelasan, adakah diantara kamu
sekalian yang pernah
mendengarkan apa yang telah
didengar oleh Abu Musa daripada
Rasulullah صلى الله عليه وسلم ? Lalu Ubay bin
Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada
yang turut mendengarnya
melainkan orang yang lebih muda
diantara kami dan aku adalah
orangnya, aku bersamanya semasa
itu dan aku juga telah
mengkhabarkan kepada Umar
bahawa bahawa Rasulullah صلى الله عليه
وسلم bersabda sedemikian.
Namun, saya akui tidak ramai
yang mampu untuk menilai setiap
apa yang disampaikan kepadanya.
Jadi, saya sarankan agar kita
memilih antara dua pilihan di
bawah:
1. Berdiam diri daripada
menyebarkannya sehinggalah jelas
diketahui bahawa ianya benar
shahih daripada Nabi Muhammad صلى الله عليه
وسلم , atau;
2. Menyampaikannya kepada mereka
yang dipercayai sebagai ahli dalam
bidang hadith untuk memintanya
agar membuat semakan terhadap
hadith itu.
Apabila telah dijelaskan kepalsuan
sesuatu hadith, sebaiknya kita
berhenti menyebarkannya dan
seboleh-bolehnya maklumkan
semula kepada mereka yang pernah
mendengarnya daripada kita
bahawa ianya adalah palsu. Ini
kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah memberi
ancaman kepada pendusta atas
namanya:
Barangsiapa yang dengan sengaja
berdusta ke atas aku, maka
tersedialah baginya tempat duduk
dari api neraka. (Hadith Shahih
Mutawattir, Riwayat Bukhari,
Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi
dan lain-lain)
Akhir kata, sama-samalah kita
sambut Ramadhan ini dengan
penuh kegembiraan, seperti mana
gembiranya kita dapat bonus gaji,
sepatutnya begitulah (atau lebih
daripada itu) kita gembira dengan
bonus pahala berlipat ganda dalam
bulan Ramadhan ini.
Dalam hadith Rasulullah
mengaminkan doa Jibril A.S itu,
disebut salah satu yang diaminkan
ialah “Celakalah orang yang
mendapati bulan Ramadhan tetapi
dosanya tidak juga diampuni.”
Cubalah kita muhasabah diri,
bagaimana agaknya dosa tidak
diampun itu? Yang utama ialah
jauhilah mensyirikkan Allah dan
jagalah iman kita. Berpuasalah
atas sebab iman, bukannya
berpuasa kerana ianya budaya
sebelum berhari raya. Disebut
dalam hadith shahih yang
maksudnya:
“Barang siapa yang berpuasa
ramadhan kerana didorong oleh
iman dan mengharapkan keredhaan
Allah, maka diampunkan baginya
dosa-dosanya yang lalu” (Hadith
Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim :
175)
Teruskan mempelajari ilmu Islam
untuk memperkuatkan lagi iman
kita dan perbanyakkan doa
memohon keredhaan Allah SWT ke
atas kita. Semoga perkongsian ini
bermanfaat untuk semua yang
membaca. Salam maaf dan sekian,
wassalam. Ramadhan karim!

Thursday, 15 July 2010

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 10

Hari : 10hb Jun 2010 , Hari Kelima .
Jam : 7.00 malam , bertempat di Masjid Kemaman , Terengganu Malaysia .

Para rombongan berhenti sebentar untuk menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib di dalam perjalanan menuju Negeri Pahang , Malaysia . Kemudian para rombongan meneruskan perjalanan dan selamat sampai di penginapan pada jam 9.30 malam .


Kedatangan para Rombongan telah disambut oleh salah seorang
Keluarga di Pahang , Malaysia , Md Asri beserta isteri beliau Rosliza Awang .

 


Seterusnya para Rombongan telah di bawa oleh Keluarga Pahang untuk menjamu selera di sebuah Gerai Makan " Ana Ikan Bakar Petai " .


Letih....tetapi perkara letih itu tidak dihiraukan lagi Ketua Rombongan kita
bagi menjayakan Program Min Brunei Ila Malaysia ini .






Program Min Brunei Ila Malaysia Part 9

Hari : 10hb Jun 2010 , Hari Kelima .
Jam :  2.00 petang , di Persekitaran Kuala Terengganu , Malaysia .




Seterusnya para peserta berangkat ke Kilang Kraf Tangan Noor Arfa Batik . Di sini para peserta berpeluang melihat bagaimana batik - batik di buat dan dilukis .









Selesai melawat Kilang Batik Noor Arfa para Rombongan terus berangkat ke Kuantan Pahang , Malaysia pada jam 5.00 petang .


Program Min Brunei Ila Malaysia Part 8

Hari : 10hb Jun 2010 , Hari Kelima .
Jam : 7.30 Pagi .

7:30 pagi   -  Para peserta bersarapan di Gerai Makan berdekatan Penginapan di Kuala Terengganu .
8.30 pagi   -  Bertolak ke Masjid Kristal , Kuala Terengganu .





Seterusnya para Peserta pergi bersiar - siar di sekitar bandaraya Kuala Terengganu sebelum berangkat ke Negeri Pahang Darul Makmur , Malaysia .






Para rombongan berpeluang untuk menaiki Beca sebuah alat kenderaan Tradisi yang
masih lagi digunakan di Terengganu .

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 7

Hari : 09hb Jun 2010 , Hari Keempat .
Jam : 8.00 Pagi .

Syukur Alhamdulillah , hari ini merupakan hari yang ke empat para Rombongan berada di Bumi Malaysia . Pada hari ini para rombongan akan menyambung aktiviti Lawatan Sambil Belajar di Malaysia dan pada hari ini para peserta akan bertolak ke Kuala Terengganu . Para peserta bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di penginapan pada jam 1.30 petang .



Selesai Solat Fardhu Zuhor berjemaah para Peserta bertolak Ke Taman Temadun Islam , Kuala Terengganu bagi tujuan Lawatan di Taman tersebut . Di Taman Temadun Islam ini berbagai - bagai Monumen Masjid di Seluruh dunia telah dibina di Taman tersebut , para peserta berpeluang untuk melihat berbagai Monumen - Monumen menarik yang telah dibina di Taman tersebut .




Sebahagian Keluarga Rombongan bergambar ramai sebagai kenangan yang paling menarik bagi mereka .

Para Belia Masjid Setia Ali yang mengikuti Program Min Brunei Ila Malaysia .


Monumen Masjid Omar Ali Saiffuddien juga dibina di Taman Temadun Islam ini .


Tuesday, 29 June 2010

Program Min Brunei Ila Malaysia Part 6

Hari : 08hb Jun 2010 , Hari Ketiga .
Jam : 3:00 petang , Pusat Pengajian Pondok , Bachok , Kelantan , Malaysia .

Selepas solat fardhu Zuhor berjemaah para rombongan berangkat ke Pusat Pengajian Pondok , Bachok , Kelantan , Malaysia . Para rombongan berkenan mendengar taklimat dari kakitangan Pusat pengajian pondok sejurus tiba di Pusat Pengajian ini . Pusat Pengajian ini telah berjaya melahirkan beberapa tokoh atau ulama' - ulama' di Kelantan , Malaysia . Pusat Pengajian ini merupakan bekas tempat Pengajian Ketua Rombongan Program Min Brunei Ila Malaysia Yang Mulia Imam Pg Hj Rusman bin Pg Hj Shahbudin .



Gembira apabila berpeluang bertemu lagi dengan bekas guru beliau . 





Pusat Pengajian Pondok menjalankan pelajaran secara' Halaqah '


Para Rombongan berkenan bergambar ramai dengan Kakitangan Pusat Pengajian Pondok sebagai Tanda Kenangan .

Seterusnya para rombongan berangkat bersiar - siar di Pantai Irama , Bachok , Kelantan Darun Naim .